Shah Alam, Selangor
Unit Pembangunan Bakat Murid Bola Sepak (UPBMBS) Thirteen United merupakan pasukan yang aktif menjalankan latihan serta aktiviti pembangunan sukan melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 secara berkala. Sebagai pasukan pelapis kepada pasukan bola sepak sekolah, Thirteen United berpengalaman menyertai pelbagai liga di sekitar Selangor, di samping mengadakan perlawanan persahabatan secara berkala.