How to set a session assessment with a due date and time
Club Admin · Coach · Bahasa Melayu below
Assess by session (per-session assessment) lets coaches score the trainees who came to one training session. As the club admin you can set the assessment after the session, with a due date and time. The coaches who ran that session get a notice straight away and a reminder 2 hours before it is due.
Before you start
You need an open assessment cycle with Assess Per Training Session ticked. See How to run an assessment cycle. One cycle can cover many sessions, for example "Session assessment Term 1".
Set the assessment (club admin)
- Open the session: Attendance → Sessions, then tap the session (it can be today's or one that has already finished).
- Mark attendance first. Only trainees marked Present or Late are assessed.
- Find the Session assessment card under the scoreboard.
- Pick the Assessment cycle, then the Due date and Due time. It starts at 2 days after the session ends; change it to whatever you want.
- Optional: type a note for coaches, e.g. "focus on footwork".
- Tap Set and notify coaches.
The card then shows the due date and time, and how many attendees have been assessed (for example "3 of 12 attendees assessed").
- Change the deadline: pick the same cycle, enter a new date and time, and tap Set and notify coaches again. Coaches are told the new time.
- Remove it: tap Remove next to it. Assessments already done are kept.
- No card? No per-session cycle is open yet. The page links you to Assessment cycles.
- The session has no coach? Nobody is notified. Add a coach to the session first.
What coaches see
- A notice (app and bell): "Session assessment due ...", which opens the session's assess list.
- Assessments page: a Sessions to assess list with each session, how many they have done, and the due time (red Overdue once it has passed).
- On the session page and the assess list: Please finish by the due date and time.
- A reminder about 2 hours before the deadline, only if they still have trainees to assess. No reminders between 10 pm and 7 am.
After the deadline
Coaches can still submit. The assessment is marked late so the admin can see it came in after the due time. The cycle's own close date still applies: after the cycle closes, nobody can submit.
Cara tetapkan penilaian sesi dengan tarikh dan masa akhir
Admin Kelab · Jurulatih
Penilaian ikut sesi (penilaian setiap sesi latihan) membolehkan jurulatih menilai pelatih yang hadir pada satu sesi latihan. Sebagai admin kelab, anda boleh tetapkan penilaian selepas sesi tamat, dengan tarikh dan masa akhir (tarikh tutup / due). Jurulatih sesi itu terus dapat notifikasi, dan peringatan 2 jam sebelum tamat tempoh.
Sebelum mula
Perlu ada kitaran penilaian (cycle) yang dibuka dengan Assess Per Training Session (Nilai Setiap Sesi Latihan) ditanda. Lihat Cara jalankan cycle penilaian. Satu kitaran boleh digunakan untuk banyak sesi.
Tetapkan penilaian (admin kelab)
- Buka sesi: Kehadiran → Sesi, kemudian tekan sesi itu (sesi hari ini atau yang sudah tamat).
- Tanda kehadiran dahulu. Hanya pelatih yang ditanda Hadir atau Lewat akan dinilai.
- Cari kad Penilaian sesi di bawah papan skor.
- Pilih Kitaran penilaian, kemudian Tarikh akhir dan Masa akhir. Asalnya 2 hari selepas sesi tamat; ubah ikut kehendak anda.
- Pilihan: tulis nota untuk jurulatih, contohnya "fokus pada gerak kaki".
- Tekan Tetapkan dan maklumkan jurulatih.
Kad itu kemudian menunjukkan tarikh dan masa akhir, dan berapa ramai peserta sudah dinilai (contohnya "3 daripada 12 peserta dinilai").
- Tukar tarikh akhir: pilih kitaran yang sama, masukkan tarikh dan masa baharu, tekan butang yang sama sekali lagi. Jurulatih dimaklumkan masa baharu.
- Buang: tekan Buang. Penilaian yang sudah dibuat kekal.
- Tiada kad? Belum ada kitaran setiap sesi yang dibuka. Halaman itu beri pautan ke Kitaran penilaian.
- Sesi tiada jurulatih? Tiada siapa dimaklumkan. Tambah jurulatih pada sesi dahulu.
Apa jurulatih nampak
- Notifikasi (aplikasi dan loceng): "Penilaian sesi perlu siap ...", yang membuka senarai penilaian sesi itu.
- Halaman Penilaian: senarai Sesi untuk dinilai dengan setiap sesi, berapa sudah siap, dan masa akhir (merah Tertunggak selepas tamat tempoh).
- Di halaman sesi dan senarai penilaian: Sila siapkan sebelum tarikh dan masa akhir.
- Peringatan kira-kira 2 jam sebelum tamat tempoh, hanya jika masih ada pelatih belum dinilai. Tiada peringatan antara 10 malam dan 7 pagi.
Selepas tamat tempoh
Jurulatih masih boleh hantar. Penilaian itu ditanda lewat supaya admin tahu ia dihantar selepas masa akhir. Tarikh tutup kitaran masih terpakai: selepas kitaran ditutup, tiada siapa boleh hantar.